Tuesday 1 November 2016

Realiti Maya

MAYA seorang gadis yang periang. Hidupnya tak pernah susah walaupun dia hidup dalam keluarga yang sederhana. Malahan semasa zaman persekolahannya juga,dia mempunyai ramai kawan dan menjadi pelajar kegemaran guru-gurunya. Kini dia merupakan seorang siswa yang berjaya. Namun tidak ada yang tahu bahawa kehidupannya bakal berubah secara tiba-tiba.
  
     "Maya, lepas ni jom pergi bandar. Banyaklah barang Ain nak beli lagi" Pelawa Ain, rakannya sejak dari bangku sekolah lagi.

Saturday 3 March 2012

PERKATAAN PERTAMA


Di dalam sebuah rumah, tinggallah sepasang suami isteri yang bernama Miran dan Aisyah. Hidup mereka sanggat bahagia ditambah pula Aisyah yang kini sarat mengandungkan bayi perempuan mereka. Bayi itu adalah anak pertama mereka setelah lima tahun berkahwin.
       Kini, tibalah saat yang dinantikan oleh mereka berdua. Aisyah sekarang berada di dalam wad bersalin. Miran menunngu dengan debaran sambil berdoa banyak-banyak semoga isterinya selamat bersalin. Lebih kurang 40 minit di wad bersalin, doktor-doktor keluar dan mengucapkan tahniah. Belum sempat pun doktor itu menghabiskan kata-katanya, Miran terus saja menyerbu masuk ke dalam.
       Apabila Miran masuk ke dalam bilik itu, Aisyah tidak pun membelai anaknya, sebaliknya, anaknya berada di dalam buaian bayi bersebelahan ibunya, Aisyah. Hal ini kerana, tubuh Aisyah ditutupi rapi oleh kain putih. Tidak ada yang mampu menghalang ketentuan Allah S.W.T. Aisyah meninggal dunia sejurus selepas melahirkan.
       Miran mengangkat dan memberi kucupan pertama kepada anaknya sambil mengalirkan air mata. Apabila anaknya seperti menangis, Miran langsung tidak mendengar tangisan anaknya. Setiap kekurangan yang diberikan Allah pasti untuk membuat kita lebih beriman. Anak yang dinantikan lahir tanpa suara. Miran bertambah sedih. Keadaan di dalam wad bersalin Aisyah tadi hanya kedengaran sebak tangisan Miran.
       Selepas beberapa tahun, Miran dan anaknya mula hidup bahagia. Miran menamakan anaknya Aisyah Mirahisha.
       Kini, Mira sudah berumur dua tahun. Setiap kekurangan pasti ada kelebihannya. Mira seorang yang amat pintar dan mempunyai daya ingatan yang cukup kuat. Dia cepat menangkap cara berkomunikasi menggunakan isyarat tangan yang diajar sendiri oleh ayahnya, Miran.
Allah S.W.T tetap memberikan ujian kepada dua beranak itu untuk lebih beriman. Mira mengidap penyakit jantung berlubang. Miran mengetahuinya lima hari yang lalu.
Pada suatu hari, mereka berdua belajar lagi menggunakan isyarat tangan. Tanpa diduga oleh Miran, Mira menggunkan isyarat tangan iaitu “Mira nak jumpa ibu.” Miran mengalirkan air mata tetapi Mira hanya tersenyum dan mengesat air mata ayahnya. Miran mengucup anaknya.
Selepas beberapa bulan, penyakit Mira semakin teruk. Miran telah banyak menghabiskan duitnya untuk mengubati anaknya kerana dia tidak mahu kehilangan seorang lagi yang disayanginya.
Sekarang tibalah masanya Mira menjalankan pemedahan. Nasib baik sahaja ada jantung yang dapat didermakan oleh seorang mangsa kemalangan kereta. Selepas beberapa jam, pemedahan berjaya dijalankan tetapi Mira tidak dapat bertahan dan koma selama sebulan.
Apabila Mira bangun, Miran yang berada di sisi Mira sungguh gembira. Keadaan Mira yang lemah itu dirawat bersungguh-sungguh oleh doktor pakar. Doktor tadi keluar tergesa-gesa kerana menjangka sesuatu yang buruk akan berlaku.
Kini tinggal dua beranak tadi. Miran mula menangis di tepi Mira sambil memegang erat tangan Mira dan mengusap-usap rambut Mira. Mira menangis kerana kesakitan yang dialaminya. Air matanya jatuh ke pipinya dan dia seperti ingin menyatakan sesuatu kepada ayahnya.


Nukilan,
                                                                 Letter FAZ